Monday, June 8, 2009

Go sisters!

Rindunya nak bawa kereta merah dan hitam tu.. ^_^

Btw, adik dan kakak dan ani jangan berat hati nak buka buku ye.

Buku itu dalamnya ada bekal. Bekal untuk dunia dan akhirat. Orang yang tiada bekal pasti susah untuk hidup dan survive di alam 'sana' kan?

Go my sisters! Love all of you. Rasa kesal banyak sebab tak gunakan peluang dan masa yang ada untuk kita eratkan ukhwah ni. Pamkan kasih sayang banyak2 dan di akhirnya kita rasa puas dengan nikmat ini.

InshaALLAH, ada rezeki lagi we will meet again. Here, a flower bouquet for you..

Mari kita belajar

Cuti sekolah ni sebenarnya banyak menggembirakan hati ramai orang; cikgu yang tak payah melayan kerenah murid yang nakal, budak sekolah yang tak payah bangun awal2 ke sekolah, orang pejabat yang tak payah pening kepala dengan traffic jam seperti selalunya..

Tapi saya mengagak cuti sekolah yang panjang nih (2 minggu kan?) memang menjadi ujian getir buat sapa2 yang berniat membuat kebaikan. Tak kisah la apa benda kebaikan yang ingin dilakukan tu tapi menjadi suatu normal dan sunnahtullah kita akan merasa lebih berat untuk melakukan kebaikan.

Biar saya memberi contoh, supaya mudah untuk semua memahami.

Contohnya, susah kalau time cuti ni seseorang untuk bangun awal. Seawal azan subuh bergema.

Susah kalau time cuti ni seseorang untuk siapkan kerja rumah. Seawal minggu pertama.

Susah kalau time cuti ni seseorang untuk ke dapur memasak. Seawal ibu mengupas bawang.

Dan kalau tak percaya, banyak lagi!!!

Marilah kita mula belajar untuk mengorak langkah pertama. Tapi kalau kita tak berani dan tak mampu untuk melangkah walau selangkah pun, pasti kehidupan yang buruk ini akan tak berubah. Tetap. Selamanya kita akan malas dan tak bergerak. Tapi sampai bila?

Kalau terpaksa berpaut pada rakan2, silakan. Kalau untuk mengorak langkah pertama itu memerlukan kamu untuk solat dahulu, ya..ya..silakan. Kalau perlu orang lain menemani kamu belajar, just pergi dan tanya kelapangan orang itu.

Conclusionnya, laksanakan apa sahaja yang kamu perlu untuk dapatkan langkah pertama itu.. Bukan susah tapi ia payah kerana ujian Allah ini tak pernah senang. Saja je Dia nak buat macam tu, sedangkan Dia mahu menaikkan darjat kita takkan kita hambaNya yang kerdil ini menolak?

Wallahualam..

Powered By Blogger