Tuesday, January 19, 2010

rasionalkah hati ini?

assalamualaikum.

wah, sudah lama saya tidak melayan blog saya ini. asyik leka sungguh dengan facebook yang begitu 'menyeronokkan'. teringat pula kepada kata-kata kembar saya beberapa tahun lepas:

"kau nak tahu, kalau kau ada akaun facebook, kau akan jadi ketagih.. haha..saya terketawa selepas itu"

tetapi bukan maksud sekarang, saya sudah ketagih, cuma berasa seronok dapat keep in touch dengan rakan rakan sejak sekolah rendah lagi gitu..

lupakan itu, saya ingin bercerita mengenai suatu kisah.

suatu ketika, saya sedang menolong ibu memasak di dapur, teringat lagi dapur rumah pada zaman ia belum diubahsuai. sekarang ia sudah cantik!! ibu berkata kepada saya. ketika itu saya baru awal tahun form 4 ketika di mrsm tgb.

"akak, nanti cari la boyfriend. nanti x payah susah2 cari boyfriend mase dah keje. tak nak jadi macam kaklung yang masih lagi tiada boyfriend (umur kaklung ketika itu ialah 23 tahun.) cari la..senang skit."

di dalam hati saya, terdetik,  ada masa ke saya di tgb untuk mencari suatu 'soulmate' yang dikhabarkan bonda tersayang. kadang-kadang boleh jadi orang yang kite benci itulah soulmate kita. haha

syukur Alhamdulillah, saya tidak berjaya mencari soulmate itu. bukan tidak berjaya, saya yang tidak mengusahakan ke arah itu. bukannya apa, tetapi memang tiada masa untuk melayan sbarang perasaan yang datang. teringat kata kata bonda kak ain yang berkata

"“Kakak.. Jatuh hati perkara biasa. Apabila kita jatuh hati pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh hati atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... . . Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”

setuju2. haha. apalah saya ini. tetapi syukur Alhamdulillah, sepanjang 2 tahun di tgb, Allah pelihara hati saya daripada menghampiri zina, malah Allah Yang Maha Pemurah menghadiahkan rakan rakan yang sama perjuangan bersama saya. 

syukur Alhamdulillah, Allah memilih saya dengan memegang hati saya sekukuhnya, (insyaALLAH) daripada dipunyai oleh mana mana insan. Syukur Alhamdulillah.

teringat kata kata kak acik dahulu, 

"kau pernah couple?"

"tak pernah. kenapa?"

"insyaAllah, jangan sebolehnya. bayangkanlah hati kau tidak pernah dipunyai sesiapa lagi. masih suci. ok?"

"insyaALLAh." 

hehe..

saya tidak ingin mengeluarkan sebarang fatwa. tetapi cukuplah saya sekadar mengatakan bahawa segalanya mengenai isu ini terpulanglah kepada individu tersebut untuk menilai menggunakan akal yang WARAS dan hati yang SUCI kerana ALLAH SWT.

p/s: semoga ALLAH jua yang melindugi hati kalian juga. InsyaALLAH..

Powered By Blogger