Monday, March 1, 2010

tiada mood

salam alayk!!

lama sungguh saya dah tidak update blog niyh.. sebab rase malas. :p ahaha.. tapi sekarang dah ade mood. sebab duduk rumah tiada mende nak buat kecuali teman ibu pergi bank ke..mana2 sahajalah.

Alhamdulillah, booklet tuh dah siap.. thanks kepada kawan2 saya yang mahukannya. kepada sesiapa mahu, bg alamat kepada saya ye!! bt, booklet tuh mcm psl islam n dakah la jugak.. dan banyak juga psl perancangan masa depan kita.

teringat lagi, dulu masa ambil ujian komputer, saya fail! dapat 41. pergh!! nangis jugalah mase tuh.. esok pula pg buat semula. kali ini memang sudah bertekad mahu score tapi dapat 48 saja. tapi syukurlah.

luar biasanya, saya rasa memang kebanyakan budak seremban ambil cott kot sebab jumpe kawan dlu same skolah kat sini. tapi dah la ada kawan.

bt, sementara saya menunggu results spm yang bakal keluar dalam masa tak tahu bile, saya banyak mendengar nasihat ibu yang menyuruh amik ini, ambil itu. entah lah.. semuanya saya tengok results dulu.

tapi sekarang memang sudah ada perancangan. kalau results bagus, memang mahu overseas. insyaALLAH.. tapi results jika tidak berapa bagus juga, memang sudah ada perancangan. tapi harap2 tidak membebankan parents saya lah!

kali ini, rasa2 mahu sahaja menyuruh parents membelikan laptop, tapi komputer rumah masih ada, jdi guna dahulu ya.. teringin juga mengirim kepada acik untuk membelikan laptop di USA sana kerana murah juga lah kot! tapi ongkosnya, poket kosong lorh..

apa mahu buat?!

so, bila results sudah keluar, saya mahu off handphone saya lah.. tidak mahu melayan apa2 mesej.. ehehe! tidak, gurau jer..ok lah, mahu pergi sudah!

jap2, ntah lah! hari ni kempen bahasa baku kot..huhu

Tuesday, January 19, 2010

rasionalkah hati ini?

assalamualaikum.

wah, sudah lama saya tidak melayan blog saya ini. asyik leka sungguh dengan facebook yang begitu 'menyeronokkan'. teringat pula kepada kata-kata kembar saya beberapa tahun lepas:

"kau nak tahu, kalau kau ada akaun facebook, kau akan jadi ketagih.. haha..saya terketawa selepas itu"

tetapi bukan maksud sekarang, saya sudah ketagih, cuma berasa seronok dapat keep in touch dengan rakan rakan sejak sekolah rendah lagi gitu..

lupakan itu, saya ingin bercerita mengenai suatu kisah.

suatu ketika, saya sedang menolong ibu memasak di dapur, teringat lagi dapur rumah pada zaman ia belum diubahsuai. sekarang ia sudah cantik!! ibu berkata kepada saya. ketika itu saya baru awal tahun form 4 ketika di mrsm tgb.

"akak, nanti cari la boyfriend. nanti x payah susah2 cari boyfriend mase dah keje. tak nak jadi macam kaklung yang masih lagi tiada boyfriend (umur kaklung ketika itu ialah 23 tahun.) cari la..senang skit."

di dalam hati saya, terdetik,  ada masa ke saya di tgb untuk mencari suatu 'soulmate' yang dikhabarkan bonda tersayang. kadang-kadang boleh jadi orang yang kite benci itulah soulmate kita. haha

syukur Alhamdulillah, saya tidak berjaya mencari soulmate itu. bukan tidak berjaya, saya yang tidak mengusahakan ke arah itu. bukannya apa, tetapi memang tiada masa untuk melayan sbarang perasaan yang datang. teringat kata kata bonda kak ain yang berkata

"“Kakak.. Jatuh hati perkara biasa. Apabila kita jatuh hati pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh hati atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... . . Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”

setuju2. haha. apalah saya ini. tetapi syukur Alhamdulillah, sepanjang 2 tahun di tgb, Allah pelihara hati saya daripada menghampiri zina, malah Allah Yang Maha Pemurah menghadiahkan rakan rakan yang sama perjuangan bersama saya. 

syukur Alhamdulillah, Allah memilih saya dengan memegang hati saya sekukuhnya, (insyaALLAH) daripada dipunyai oleh mana mana insan. Syukur Alhamdulillah.

teringat kata kata kak acik dahulu, 

"kau pernah couple?"

"tak pernah. kenapa?"

"insyaAllah, jangan sebolehnya. bayangkanlah hati kau tidak pernah dipunyai sesiapa lagi. masih suci. ok?"

"insyaALLAh." 

hehe..

saya tidak ingin mengeluarkan sebarang fatwa. tetapi cukuplah saya sekadar mengatakan bahawa segalanya mengenai isu ini terpulanglah kepada individu tersebut untuk menilai menggunakan akal yang WARAS dan hati yang SUCI kerana ALLAH SWT.

p/s: semoga ALLAH jua yang melindugi hati kalian juga. InsyaALLAH..

Powered By Blogger