Saturday, April 4, 2009

acik bercerita : Al Bara

assalamualaikum semua. Wah, semakin hari, semakin hati ini dilimpahi cahaya indahnya keimanan kepada Nya. Hari ni, saya nak berkongsi satu cerita yang sangat memikat jiwa. Nak dengar? Semoga kita, termasuk saya memperolehbanyak kebaikan dari kisah sahabat ini.

Al Bara 'bin Malik al-Anshori

Sehebat namanya, itulah ciri penting sahabat kita kali ini.Walapun tubuhnya kurus dan rambutnya sedikit mengerbang, tetapi andai ditanya siapakan gerangannya, pasti semua masayarakat mengetahui perihal dirinya. Dialah sahabat tua yang semangatnya tak pernah padam untuk berperang di jalan ALLAH.

Wahai Al Bara ', semoga Allah meredhaimu sebagaimana kamu redha padaNYA.

Al Bara' sangat terkenal dengan semangatnya yang apabila dia berucap, orang lain sure terkena tempias dan kembali bersemangat. Dalam satu perang menentang Musailamah (mengaku dirinya Nabi) selepas kewafatan Nabi kesayangan kita, tentera Islam mula kucar-kacir apabila digertak dengan angkatan tentera Musailamah yang sangat ramai. Umar al-Khattab yang menjadi penglima ketika itu menyeru, "Wahai pemuda Anshor, bantu mereka.."

Al-Bara ' yang sememangnya tidak sabar-sabar untuk menaikkan semangat tentera Islam berkata dengan lantangnya, "Wahai orang Anshor, jangan ada seorang pun di antara kamu yang berfikir untuk kembali ke Madinah. Tiada lagi Madinah bagi kamu hari ini. Yang tinggal hanyalah Allah yang Esa atau syurga yang abadi..."

Bergema kata-katanya di tengah-tengah medan perang yang berkecamuk dengan bunyi pedang bergelisiran.

Itulah Al-Bara', kisahnya ada banyak lagi yang pasti membuatkan kita berasa takjub mendengarnya. Tapi, marilah kita cuba beriman dulu dengan kisahnya yang sedikit ini. Allahuakbar!

0 comments:

Powered By Blogger